Pada 10 Januari 2015, Hospital PUSRAWI Sdn Bhd dengan kerjasama Exora Owners Car Club Malaysia telah mengadakan misi bantuan banjir yang bertempat di Jerantut, Pahang dan diketuai oleh Presiden Exora Owners Car Club Malaysia, Murza Bin Murad. Selain daripada itu, sumbangan juga turut disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir seperti barang keperluan harian, makanan dan ubat-ubatan. Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Perubatan Hospital PUSRAWI, Dr.Hjh Habibah Abd.Ghani berserta Ketua Pegawai Eksekutif Hospital PUSRAWI, En. Omar Zakir Bawadi.
Pelepasan misi bantuan diiringi dengan doa bagi memberkati urusan sepanjang perjalanan.
Pasukan Exora Owners Car Club Malaysia dan wargakerja Hospital PUSRAWI berkumpul di aras 9, Hospital PUSRAWI sebelum perlepasan dimulakan
Recent Comments