TALIAN KECEMASAN 03-2687 5181 / TALIAN AM 03-2687 5000 info@pusrawi.com.my

Prosedur Kemasukan Wad

Info Pelanggan

Prosedur Kemasukan Wad

Kaunter Kemasukan Wad PUSRAWI berada di Kaunter Utama Aras 2 dan di Klinik Kemalangan & Kecemasan (A & E), Aras 1.
Waktu pendaftaran kemasukan wad seperti berikut:

Pendaftaran

Pesakit dikehendaki membawa Kad Pengenalan, Kad Kesihatan dan Slip Urusan Kemasukan Wad sewaktu pendaftaran. Bagi kes elektif (terancang), pesakit Panel Syarikat dikehendaki membawa Surat Jaminan asal.

Bagi pesakit kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, Kad Pengenalan ibu atau penjaga dan Mykid diperlukan semasa pendaftaran. Pesakit/waris dikehendaki menyemak dan mengesahkan maklumat pada Borang Kemasukan Wad dengan menandatangani borang tersebut.

Pembayaran Deposit

Bayaran deposit akan dikenakan kepada Pesakit Tunai dan Pesakit Insuran/Panel yang dimasukkan ke wad sebelum Surat Jaminan diterima. Wargakerja PUSRAWI akan menasihati pesakit/waris mengenai jumlah deposit yang perlu dibayar. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam dari waktu pendaftaran kemasukan wad. Pihak PUSRAWI berhak memindahkan pesakit ke Hospital Kerajaan jika tiada bayaran deposit dibuat dalam tempoh tersebut.

Pesakit warga asing (tunai) dikehendaki membayar jumlah penuh anggaran caj bil pada masa pendaftaran.

Bagi pemegang kad perubatan Insuran, pesakit dikehendaki membayar deposit minima RM300. Ini bertujuan bagi membayar jumlah akses yang tidak ditanggung oleh pihak Insuran. Setelah Surat Jaminan diperolehi daripada pihak insuran/panel, dan sekiranya terdapat lebihan tanggungan, maka baki wang akan dipulangkan semula kepada pesakit tetapi sekiranya jumlah tanggungan adalah kurang, maka pihak pesakit/waris harus membuat bayaran terbut.

Pautan

Open chat
Perlukan bantuan?
Salam, bagaimana boleh kami bantu?