TALIAN KECEMASAN 03-2687 5181 / TALIAN AM 03-2687 5000 info@pusrawi.com.my

Proses Discaj/Keluar Hospital

Info Pelanggan

Perkhidmatan Pelepasan

  • Anda akan didiscajkan dari wad atas nasihat doktor. Bil akhir anda akan diproses sebaik sahaja kami menerima borang discaj yang telah lengkap diisi.
  • Untuk pesakit tunai, bil akan siap diproses dalam masa satu jam selepas borang discaj diterima.
  • Sekiranya kemasukan ke wad anda tanggungan insuran atau syarikat, proses discaj akan mengambil masa yang lebih lama.
  • “Check out time “ ialah jam 12 tengahari. Discaj selepas jam 2 petang akan dikenakan bayaran penuh kadar bilik.

Preskripsi Ubat dan Temujanji  Susulan
Ubat-ubatan sekiranya  perlu akan diberikan sebelum anda meninggalkan wad. Begitu juga dengan temujanji susulan jika perlu dengan doktor pakar akan diberikan sebelum dicaj.

Caj Lewat
Secara umumnya bil terperinci semasa discaj adalah bil akhir. Walau bagaimanapun, ada kalanya terdapat caj lewat bagi item-item yang digunakan pada hari discaj tidak  dimasukkan. Jika ini berlaku, hospital akan memaklumkan dan menghantar bil akhir menunjukkan baki di dalam akaun.

Bayaran Balik Deposit Yang berlebihan
Amaun yang diterima melebihi jumlah bil akan dibayar balik bergantung kepada pembayaran awal. Walau bagaimanapun, Wang Tunai pengembalian berjumlah lebih daripada RM1000 akan dilakukan melalui cek dalam tempoh 3 hari bekerja.

Pautan

Open chat
Perlukan bantuan?
Salam, bagaimana boleh kami bantu?