TALIAN KECEMASAN 03-2687 5181 / TALIAN AM 03-2687 5000 info@pusrawi.com.my

Kaunseling Pemakanan

Perkhidmatan & Kemudahan

Hospital Pusrawi menyediakan perkhidmatan sokongan klinikal iaitu unit dietetik dan dietari yang diketuai oleh pegawai dietetik (Dietitian) dan dibantu oleh unit dietari yang diketuai oleh seorang pegawai katering dan bertanggungjawab menguruskan bahagian penyediaan pemakanan di dalam hospital.
Lokasi unit dietetik adalah di Wellness Center, aras 7, Hospital Pusrawi. Klinik dietetik terletak di klinik pesakit luar, tingkat 2

OBJEKTIF UNIT

  • Melaksanakan perkhidmatan dietetik dengan penuh profesionalisme dan selaras dengan kod etika.
  • Mengekalkan atau meningkatkan status pemakanan pesakit dengan menilai status pemakanan, membangunkan pelan pemakanan dan memberikan rawatan berdasarkan prinsip pemakanan yang bersesuaian.
  • Bertindak aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti promosi kesihatan yang berkaitan dengan diet dan pemakanan terutama di dalam dan luar hospital.

PERKHIDMATAN

1)Mengendalikan rujukan dari wad (Inpatient)

  • Memberikan rawatan berdasarkan pemakanan terapeutik

2)Mengendalikan klinik rawatan luar (Outpatient)

  • Pendidikan pemakanan
  • Program plan mengurangkan berat badan /Weight management program

3) Terlibat dalam aktiviti hospital dan komuniti

  • Ceramah kesihatan/Health talk
  • Pemeriksaan Kesihatan/Health screening booth

WAKTU OPERASI UNIT

PESAKIT DALAMPESAKIT DALAM :

Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi – 5.00 petang

Sabtu (Minggu 2 & 4 sahaja)
8.30 pagi – 12.00 tengahari

KLINIK PESAKIT LUAR :

Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi – 5.00 petang

Sabtu (Minggu 2 & 4 sahaja)
8.30 pagi – 12.00 tengahari

Contact number untuk dihubungi :
Sambungan pejabat : 03-26875080

Open chat
Perlukan bantuan?
Salam, bagaimana boleh kami bantu?