
Prosedur Discaj
Bil pesakit tunai akan disediakan dalam tempoh 15 minit selepas semua dokumen lengkap diterima. Bil Pesakit Insuran/Panel akan disediakan di antara tempoh minima 1 – 3 jam bergantung kepada kelulusan dan pengeluaran Surat Jaminan daripada pihak syarikat insuran/panel.
Caj Hospital
Pesakit dan/atau waris/penjamin bersetuju untuk membayar kesemua bil hospital termasuk cukai Kerajaan mengikut kadar semasa. Pesakit bertanggungjawab untuk membuat bayaran yang ditetapkan sekiranya insuran/panel yang terlibat gagal menjelaskan bayaran bil.
Harta Benda Pesakit
Barangan peribadi pesakit adalah di atas tanggungjawab pesakit sendiri sepanjang berada di Hospital. PUSRAWI tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kes kehilangan barang tersebut.
Cara Pembayaran
PUSRAWI menerima tunai, kad debit, kad kredit, draf bank dan surat jaminan yang sah dari syarikat panel.
Pulangan Bayaran
Pematuhan Peraturan
Dalam tempoh rawatan, pesakit dan pelawat adalah dikehendaki mengikut arahan Pakar dan sesiapa yang dipertanggungjawabkan oleh Pakar dan seterusnya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak hospital.